Kota Bandung
yang terletak kira-kira 180 kilometer dari Jakarta, Indonesia sememangnya tidak asing di kalangan rakyat negara ini. Sejak sekian lama, ibu kota Jawa Barat itu dikenali sebagai gedung yang menyimpan seribu satu keunikan.
Dengan populasi melebihi dua juta orang, kota yang bermula sekitar tahun 1488 itu 'sesak' dengan budaya, sejarah, kesenian dan keindahan alam semula jadi.
Pada ketinggian 768 meter dari paras laut dikelilingi pergunungan Parahyangan, Bandung diselubungi suhu sejuk antara 25 hingga 30 darjah Celsius sepanjang tahun.
Di kalangan rakyat negara ini, Bandung lebih dikenali sebagai destinasi percutian keluarga terutama bagi mereka yang gemar membeli-belah.
Timangan Paris Kota Jawa yang diberikan sememangnya tepat. Bandung menyediakan peluang membeli-belah dari gedung terbesar hingga ke deretan kedai di lorong-lorong seperti di Cihampelas (Jeans Street) dan Chibaduyut.
Jika ke Bandung, kunjungan pelengkap semestinya lawatan ke gunung berapi Tangkupan Perahu yng mana pelawat boleh melihat pemandangan di permukaan kawah gunung berapi dan panorama indah di sekelilingnya.
Bogor adalah satu lagi destinasi yang menjadi pilihan. Dari Bandung, perjalanan memakan masa empat hingga lima jam. Tarikan di Bogor termasuk istana peninggalan zaman Belanda. Di situ juga terdapat taman botanik seluas 87 hektar yang dipenuhi ribuan spesies flora.
Di sebelah timur laut, pelabuhan Cirebon dikenali sebagai pusat kebudayaan dan sejarah Pulau Jawa. Jika berkesempatan ke kawasan sempadan Jawa Barat dan Jawa Tengah itu, pelancong boleh berkunjung ke Kasepuhan dan Kanoman yang kini memaparkan khazanah dari zaman berzaman.
Pada jarak 88 km dari kota Bandung, destinasi seterusnya adalah Tasikmalaya yang terkenal dengan kesenian pertukangan. Di sini pelancong boleh mendapatkan cendera hati dan kraf tangan seperti tikar, payung dan batik yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.
Untuk sesuatu yang lebih tradisional, pelancong boleh ke Kampung Naga, perkampungan yang masih kaya dengan nilai budaya dan adat setempat.
Tarikan utama adalah seni bina rumah tradisional dan Upacara Pedaran yang diadakan sekali setahun.
Tarikan lain yang mungkin ingin dipertimbangkan adalah Gedung Papak iaitu bangunan tinggalan penjajah. Gedung Merdeka yang dibina pada 1895 yang kini dijadikan gedung sejarah.
Selain itu, rumah Bumi Silwangi-Bangunan yang dibina pada 1825 menyajikan pemandangan indah kota Bandung. Tempat-tempat lain antaranya Hotel Savoy Homann, Villa Isola, Grand Hotel Preanger, Gedung Sate, Masjid Cipaganti, Muzium Geologi, Muzium Sri Baduga Maharaja.
Jika melancong ke Bandung, jangan lepaskan peluang untuk menaiki angkot, khidmat teksi yang boleh membawa penumpang ke mana sahaja.
Angkot lebih mendapat sambutan kerana pengangkutan bas yang tidak begitu meluas.
Jika boleh menyewa sendiri kenderaan, itu sebenarnya yang terbaik bagi membolehkan anda menyelongkar setiap pelosok kota.